...This is the topic that is hardly talk and hardly understand by husbands... apparently, this article was posted by my colleague many months before in Bahasa Melayu... therefore, I hope this is a valuable guardian and topic not only for women who suffered but by men... thanks!
Masalah dingin seks di kalangan wanita atau dikenali sebagai frigiditi boleh
mencetuskan konflik dalam rumah tangga. Malah terdapat juga golongan
isteri yang tidak ada nafsu untuk mengadakan hubugan seks dan tidak mempunyai
keinginan langsung untuk bersama suami dalam hal-hal berkaitan seksual.
Ada sesetengah suami menganggap isterinya dingin, kaku, beku malah
langsung tidak berminat untuk berasmara. Dalam situasi seperti ini, jika
hubungan seks diteruskan, seolah-olah hubungan tersebut merupakan suatu
paksaan yang menyeksakan si isteri. Lantas si isteri tidak mampu menghayati
orgasme atau kepuasan dalam hubungan tersebut.
Penyakit frigiditi ini merupakan salah satu penyebab utama lewatnya seseorang
wanita itu hamil setelah berkahwin sekian lama. Ia juga disebut
‘Anestesia Sexualis’ atau kedinginan seksual pada wanita. Terdapat 65% daripada
golongan ini telahpun mendirikan rumah tangga. Sebilangan besar pula
berusia antara 30 hingga 45 tahun. Terdapat sebilangan wanita memiliki
rangsangan seksual yang baik, tetapi tidak upaya mencapai kepuasan dalam
melakukan hubungan seks suami isteri. Ini juga merupakan suatu kes yang
boleh dikategorikan sebagai penyakit frigiditi.
Sebab-sebab frigiditi:
A-FAKTOR FISIOLOGI
1. Terdapat penyakit pada uterus atau rahim seperti
barah, ketumbuhan, cyst, fibroid atau penyakit kronik
lain seperti asma, TB dan buah pinggang.
2. Terdapat gangguan pada vagina atau faraj, sama ada
di bahagian luar atau dalam seperti gatal, luka pada liang
senggama, kudis atau keluar lelehan putih berbau hanyir.
3. Terdapat penyakit lain pada organ pembiakan
seperti ketumbuhan pada sarang telur atau ovari atau
barah pangkal rahim dan sebagainya.
4. Masalah kedatangan haid atau menses yang abnormal
seperti terlampau banyak keluar darah atau darah
keluar terlampau lama, sehingga mencapai 18 hingga 25
hari.
5. Persetubuhan yang sukar atau ngeri sering disebut sebagai
‘dyspareunia’ mungkin disebabkan kelainan alat kelamin pada wanita,
penyakit dan sebagainya.
6. Masalah putaran haid yang tidak teratur boleh mengakibatkan golongan
wanita mengalami frigiditi yang mana ada kalanya pengaliran haid
terlalu lama dan banyak.
B-FAKTOR PSIKOLOGI
1. Hubungan suami isteri yang kurang baik seperti berlakunya pertengkaran.
2. Penyakit androfobia iaitu perasaan takut pada lelaki, mungkin disebabkan suami terlampau
garang, bengis atau ganas sehingga tidak ada kemesraan dan isteri terus hilang
minat untuk bersama.
3. Rasa kecewa yang teramat sangat terhadap suami, rasa berdoa atau rasa bersalah
yang agak besar, menyebabkan rasa cemas dan takut sehingga mengganggu fikiran dan
gaya hidup.
4. Perasaan egois dan angkuh terhadap darjat diri sendiri lambat laun akan berakhir
dengan kedinginan seksual.
5. Peristiwa tragedis yang berlaku di masa silam seperti dirogol, diancam perkosaan dan
tekanan jiwa di waktu remaja.
6. Hubungan suami isteri yang dilakukan tanpa kerelaan isteri, seolah-olah dirogol
menyebabkan hubungan seksual menjadi kaku dan pura-pura seronok sehingga si isteri
merasa seolah-olah melakukan hubungan seks dengan benda dan bukannya manusia.
7. Perasaan rendah diri pada isteri seperti merasa diri tidak seksi, tidak cantik, kurang
berahi hingga tanpa sedar terbawa-bawa kepada penurunan minat terhadap seks.
8. Seorang wanita yang hidup bersendirian terlalu lama.
CADANGAN RAWATAN
1. Menghilangkan penyebab, baik kerana psikologi atau fisiologi.
2. Memupuk semangat seksual dengan cara yang baik, terutamanya dengan mengimbas
kembali detik indah dan teknik yang dilakukan sewaktu mula mendirikan rumah tangga
dahulu.
3. Elakkan perselisihan faham yang berterusan sesama pasangan.
4. ‘Permainan’ pendahuluan perlu dilakukan dengan rasa hormat-menghormati, rasa kasih
sayang sehingga mencapai suatu jangka masa yang cukup lama. Apabila wanita mencapat
kepuasan, barulah bersatu. Jangan sekali-kali melakukan hubungan seks secara tergopoh-gapah
Tuesday, November 4, 2008
{ BILA ISTERI DINGIN SEKS - MALAY ARTICLE }
Labels: Artikel Bahasa Melayu
Posted by Admin Wellbeing at 7:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment